GPS DAN POLITIK ERA BARU

Pilihan Raya Negeri Sarawak Yang Ke-12 (PRN 12) sudah pun berlalu menyaksikan kemenangan selesa selepas meraih 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan ini sekali gus memperbaiki pencapaian GPS sewaktu bertanding atas tiket Barisan Nasional dalam PRN ke-11 pada 2016 iaitu 72 kerusi.

Apa yang menarik daripada pemilihan kali ini adalah pembentukan kerajaan daripada parti-parti politik yang berasaskan nasionalisme Sarawak. Hal ini merupakan sesuatu yang bernafas baru dan rakyat serta pembangkang pastinya sedang mengharapkan suatu perubahan yang sejahtera dan makmur.

Pada masa yang sama, masalah pengundi yang tidak mahu mengundi bukanlah suatu perkara yang baru. Ia adalah dampak daripada kesalah fahaman dan persepsi terhadap maksud serta tujuan politik itu sendiri. Selain itu, kelompok politik dan para pendukungnya juga harus siap dikritik dan cuba menanggapi kritikan tersebut berdasarkan permasalahan dari akar umbinya sehingga dengan itu menghindari persepsi yang buruk.

Walau apa pun, dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kita mengharapkan suatu era yang baru di dalam kancah politik negeri Sarawak terutama daripada segi permodenan infrastruktur dan sosio ekonomi rakyat. Semoga Sarawak terus gemilang, makmur dan maju ke hadapan.

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑