Konspirasi Iblis Dalam Perang Pemikiran

Tokoh kesesatan yang pertama adalah suatu mahkluk yang dinamakan Iblis. Ia berasal daripada bangsa jin yang telah diciptakan ALLAH sebelum manusia. Pada masa penciptaan Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama, Iblis dan para malaikat turut menyaksikan kejadian itu. Tatkala ALLAH memerintahkan mereka untuk sujud kepada Nabi Adam a.s, hanya Iblis yang menolak. Peristiwa ini dirakamkan oleh ALLAH di dalam Al-Qur’an:

“Allah berfirman, “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) pada waktu AKU menyuruhmu?”

Iblis menjawab, “Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya dari api sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah.” (QS Al-A’raaf: 12)

Kesombongan Iblis tidak hanya memperlihatkan keburukannya sendiri tetapi turut menggambarkan kepada kita bahawa kesombongan itu tidak ada batasannya. Iblis tidak hanya merasakan dirinya lebih hebat daripada Nabi Adam a.s tetapi juga merasa lebih tahu daripada ALLAH dengan membanggakan asal-muasal kejadiannya seolah-olah ALLAH baru tahu kalau Iblis itu lebih mulia dibandingkan Nabi Adam a.s.

Entah apa yang bermain di dalam fikiran Iblis sehingga dia berani melanggar perintah ALLAH. Boleh jadi dia merasakan dirinya berfikiran ‘kritis’, tidak seperti malaikat yang patuh tanpa mempersoalkan kerana ia adalah perintah langsung daripada ALLAH yang Maha Besar. Mungkin ia juga berfikir kalau mereka yang lain itu fikirannya jumud sehingga tidak mampu melihat daripada sudut pandang yang berbeza berkenaan hal itu. Iblis tidak merasakan ada hal aneh tentang dirinya, mungkin ia tengah melihat kalau dirinya sedang ber-ijtihad dan kebetulan ijtuhadnya berbeza dengan yang lain walaupun terang-terangan melanggar perintah ALLAH. Apa yang jelas, Iblis benar-benar melanggar perintah ALLAH dengan kesombongannya.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya ada perasaan sombong walaupun seberat biji sawi.Seorang lelaki bertanya, “Sesunggunya lelaki menyukai baju dan sandal bagus (apakah ini termasuk kesombongan?” Beliau menjawab “Sesungguhnya ALLAH itu bagus dan menyukai yang bagus. Kesombongan itu menolak kebenaran dan merehkan manusia.” (HR Muslim)

Iblis benar-benar sombong kerana menolak kebenaran iaitu perintah bersujud daripada ALLAH dan meremahkan Nabi Adam a.s. Kesombongan itu bertambah berat dosanya keran ditunjukkan secara lantang di hadapan ALLAH.

Terbakar oleh rasa dengkinya sendiri, Iblis berfikir untuk mengeluarkan Nabi Adam a.s dan isterinya dari syurga. Ia pun berlakon seolah-olah memperlihatkan ALLAH merahsiakan sesuatu daripada mereka. Kejadian ini dirakamkan di dalam Al-Qur’an:

“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup daripada mereka, iaitu auratnya, dan syaitan berkata, “Tuhanmu tidak melarangmu mendekati pokok ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam syurga) (QS Al-A’raaf:20)

Kita tidak akan menemui satu ayat pun di dalam Al-Qur’an yang menyatakan bahawa Nabi Adam a.s dan Hawa hendak menderhaka kepada Tuhannya. Sesiapun pasti mahu tinggal selama-lamanya di dalam syurga dan ia adalah suatu sifat yang manusiawi begitu juga mengenai kekeliruan di dalam membuat keputusan pun sama manusiawinya. Kalaulah Iblis berterus-terang mengajak keduanya untuk melawan ALLAH, pasti takkan dituruti. Oleh sebab itu, Iblis menipu dalam memberikan keterangan palsu kepada mereka untuk menggoyahkan keyakinan dan dan mengalihkan perhatian daripada larangan ALLAH. Hanya dengan cara itulah Iblis mampu mengeluarkan Nabi Adam a.s dan Hawa.

Sekiranya yang haq dan yang bathil diperlihatkan secara terang-terangan di depan mata kita, tentu tiada manusia yang tersesat. Akan tetapi, batasan diantara kedua perkara itu justeru yang sering kali dikaburkan. Seakan-akan menunjukkan sesuatu perbuatan yang jahat itu adalah indah. Mari kita semak sumpah Iblis dihadapan ALLAH setelah permohonannya untuk dipanjangkan umur dikabulkan:

Iblis berkata, “Ya Tuhanku, kerana Engkau telah menghukum bahawa aku sesat, PASTI AKU AKAN MENJADIKAN MEREKA MEMANDANG BAIK (PERBUATAN MAKSIAT) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas diantara mereka,” (QS Al-Hijr: 39-40)

Al-Qur’an sangat teliti memperlihatkan informasi sumpah Iblis kepada kita. Makhluk yang sombong dan menyesatkan ini bukanlah menggalang propaganda tertentu untuk melawan ALLAH sebaliknya ia menjadikan manusia memandang baik perbuatan maksiat. Akhirnya perkara haq dilihat sebagai bathil, yang gelap disangka terang, yang sesat dikatakan mendapat petunjuk maka pastilah ada pemikiran yang dibelokkan sehingga tidak mampu membuat penilaian yang jelas dan benar. Oleh kerana manusia adalah makhluk yang sering menggunakan akal, maka akal itulah yang perlu ditaklukkan. Jika sulit ditakluk dengan hujah maka lakukan dengan tipuan. Inilah ghazwul fikriy atau perang pemikiran.

Sang komandan panglima besar ghazwul fikriy iaitu Iblis bukanlah sesat kerana ketidaktahuannya. Ia bukan ateis kerana Iblis terang-terangan mengakui kewujudan ALLAH dan kerajaanNya. Iblis bukanlah makhluk yang tidak mengenal kekuasaan ALLAH , bahkan ia mengakuinya dengan jelas cuma Iblis tidak mampu mengawal kesombongan dan kedengkian dalam hatinya sendiri sehingga dihadapan ALLAH ia berani melawan perintahNYA untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.

Tidak perlu hairan kalau ada orang yang sudah banyak gelaran kehormatnya seperti Doktor, Sheikh, Profesor, ustaz, YB dan lain-lain gelar, lantas bertingkah derhaka kepada ALLAH dan mempersendakan agama kerana gelaran itulah yang menjerumuskannya. Dia menjadi sombong kerana merasakan ilmunya sudah tinggi dan semua orang harus mengakui kecerdasaannya.

Manusia, kalau sudah ditunggang oleh kesombongannya sendiri maka tiada batas kederhakaan yang dilakukannya sebagaimana Iblis, ALLAH saja dilawan apatah lagi bila manusia yang berkelakuan seperti ini pasti banyak orang lain disekitarnya turut tersesat. Oleh sebab itu, salah satu misi Iblis adalah merekrut orang-orang sombong sebagai tangan-tangan kepercayaannya.

Benarlah peringatan ALLAH melalui lisan RasulNya agar setiap manusia menjauhi sikap kesombongan kerana ia mengundang azab yang pedih baik di dunia mahupun di akhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda, “ALLAH Azza wa Jalla berfirman, ‘Kesombongan adalah pakaian-Ku, sedangkan kemegahan adalah selendang-Ku. Oleh sebab itu, siapa saja yang mencabut salah satu daripada dua hal itu, maka ia akan Aku lemparkan ke neraka.” (HR Ibnu Majah)

Iblis sangat mengetahui bahaya kesombongan begitu juga manusia yang menjadi pengikutnya. Mereka tidak mampu menolak daya tariknya dan melalui sifat sombong inilah angkatan perang Iblis dibangun dan dipersenjatai. []

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑